Sora Ni Tobou - Satu Pemula
Mari melangkah bersama
Buat adik-adik yang akan terbang
Terbang jauh meninggalkan keluarga tercinta
Terbang jauh meninggalkan pelbagai memori indah
Terbang jauh untuk mencari secebis ilmu dan pengalaman
Jauh ke bumi asing Jepun
Yang entah bagaimana kewujudannya
Entah ada entah tidak bumi sakura itu
Entah senang entah susah hidup di bumi asing itu
Entah sama entah tidak dengan yang selalu diceritakan
Jangan indah khabar dari rupa sudahlah
Mungkin ada yang akan tinggal seakan-akan di perkampungan Melayu
Mungkin ada yang akan tinggal sendirian tanpa sesiapa di sisi
Dan pelbagai lagi kemungkinan yang merunsingkan benak adik-adik
Tapi
Jangan risau adik-adikku
Abang-abang sudah sedia menanti
Menanti mereka-mereka
Yang sedia untuk melangkah bersama
Yang sedia untuk merasai pahit manis hidup di tempat asing bersama
Yang sedia untuk berkongsi pelbagai cerita riang mahupun sedih bersama
Untuk itu adik-adikku
Mari kita bersama-sama
Mencari titik pemula
Mencari keserasiaan
Mencari pencerah kepada setiap permasalahan
Untuk kita mengorak langkah bersama
Mengorak langkah dengan penuh berani
Mengorak langkah tanpa perlu menoleh kisah silam yang lalu lagi
Di bumi asing Jepun nanti
Yang sudah tidak lama lagi akan ditempuh
Yang hanya menanti detik untuk dilalui
MARI BERSAMA-SAMA KAMI
BERKONGSI SECEBIS PENGALAMAN
BERKONGSI SEDIKIT CERITA
BERKONGSI SEDIKIT ILMU
SEBAGAI SEDIKIT PANDUAN JUGA BIMBINGAN
MENITI SATU LAGI PERJALAN PANJANG DI BUMI SAKURA
JUMPA KAMI
DI SORA NI TOBOU
PADA 18 & 19 FEBRUARI NANTI
DI KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG
DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YANG TELAH DIRANCANG
MARI MENDAFTAR DI
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun"
(An-Nisa`:124)